Permohonan Pembaharuan Perjanjian


BAGI PERJANJIAN KEDAI/ GERAI/ PREMIS MILIK MDKP 2023

Permohonan ini dikhaskan hanya untuk penama yang telah berdaftar sebagai penyewa kedai/ gerai/ premis milik Majlis Daerah Kuala Penyu sahaja. Permohonan ini hendaklah dibuat bagi tujuan mengemaskini maklumat perjanjian-perjanjian sedia ada untuk menaiktaraf perkhidmatan kami. Permohonan ini diberi tempoh sehingga 30 Disember 2022. Jika pihak penyewa yang berkaitan gagal mengemaskini permohonan ini maka pihak Majlis Daerah Kuala Penyu menganggap pihak tersebut tidak lagi berminat untuk meneruskan perniagaan di mana-mana kedai/ gerai/ premis milik MDKP yang telah sedia didaftar. Hanya penama asal yang telah berdaftar dalam senarai penyewa di Majlis Daerah Kuala Penyu sahaja yang dibenarkan untuk mengemaskini permohonan ini.

Lihat selanjutnya...